Aktiviti - Aktiviti Menarik di Pulau Pinang

Escape Theme Par

Jika anda adalah seorang yang meminati aktiviti lasak, maka tempat ini sangat sesuai untuk anda memuaskan nafsu lasak anda itu! Terdapat pelbagai aktiviti menarik di lokasi ini yang sesuai untuk semua peringkat usia, tidak kira yang dewasa mahupun kanak-kanak, seperti Go Bananas, Aerobat, Jungle Swinger & Flying Lemur untuk dicuba. Anda boleh lihat peta ini ataupun kunjungi terus laman web Escape Theme Park untuk maklumat terperinci berkenaan aktiviti yang ada dan kriteria untuk menyertai aktiviti-aktiviti tersebut. Untuk yang tua bangka tu (lebih 12 tahun), tak dapek la den nak nolong ekau cuba Foxy Burrow.

Penang Water Sports Centre


Penang Water Sports Centre ialah tarikan pelancongan yang popular di Pulau Pinang. Ia adalah destinasi yang harus dikunjungi bagi peminat aktiviti sukan air. Pusat sukan air persendirian ini menawarkan berbagai aktiviti seperti bola tampar pantai, bolasepak pantai, memancing, kayak, canoe dan bot. Kemudahan yang disediakan termasuk bilik mandi, tapak perkhemahan dan hostel.



Taman Negara Pulau Pinang



Terletak di Teluk Bahang dan sesuai sebagai singgahan percutian kepada yang sukakan aktiviti seperti jungle tekking, berkhemah, berenang dan melihat hutan. Di sini juga terdapat titian kanopi (canopy walkway) dan yang paling menarik ialah di Tasik Meromiktik iaitu kawasan pertemuan air tasik yang tawar dan air laut yang masin. Di area sini juga terdapat empangan air yang sangat tinggi dan mempunyai pemandangan yang menakjubkan.

Comments

Popular posts from this blog

Peta Pulau Pinang

Tempat - Tempat Menarik di Pulau Pinang