Tempat - Tempat Menarik di Pulau Pinang

Pantai Tanjung Bungah


Pantai Tanjung Bungah
Sumber: Jan / CC BY 2.0

Pantai yang indah ini boleh dijumpai di Tanjung Bungah yang terletak di antara Gurney dan Batu Ferringhi dan hanya 30 minit saja jika anda memandu dari Georgetown. Pantai ini merupakan destinasi popular di Pulau Pinang dan menjadi meriah dengan pelancong pada musim cuti sekolah. Ini kerana disini terdapat banyak aktiviti sukan air sesuai untuk seisi keluarga seperti Jet Ski, Banana Boat dan Parasailing.
Lokasi: Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

Countryside Stables Penang


Country Side Stables
Sumber: Country Side Stables

Terletak di Sungai Burong, Countryside Stables Penang ini merupakan tempat diamana anda dapat belajar menunggang kuda sambil menikmati persekitaran alam semulajadi yang indah.
Dibuka pada tahun 2012 tempat ini mempunyai sebanyak 30 ekor kuda yang terdiri daripada baka berbeza seperti Pure Bred Arabian Horse, Pony, Kuda Thai, Myanmar dan Kuda Malaysia.
Jika anda belum bersedia untuk menunggang kuda tidak perlu risau kerana anda juga dapat memberi makan sambil melihat gelagat kuda yang menarik
Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM3
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (2.00pm – 7.30pm)
Lokasi: Lot 603 Jalan Hilir Sungai Burung, Kampong Jalan Baru, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang.

Muzium Pinang Peranakan


Muzium Pinan Peranakan
Sumber: Susan Wall

Kalau anda ingin tahu tentang budaya dan cara hidup kaum Peranakan anda boleh ke muzium Pinan Peranakan di George Town. Di sini terdapat beberapa pameran yang menunjuk kehidupan harian kaum peranakan seperti baju tradisional dan jenis perabut yang diguanakan untuk menghias rumah mereka. Reka bentuk dan susunan perabot yang dilihat didalam bangunan ini berjaya membuat anda rasa seperti kembali ke zaman peranakan dahulu.
Bayaran Masuk: Dewasa RM20
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.30am – 5.00pm)
Lokasi: 29 Church St, George Town, 10200 Pulau Pinang.

Tropical Spice Garden


Tropical Spice Garden
Sumber: Tropical Spice Garden

Asalnya Tropical Spice Garden merupakan sebuah ladang getah yang terbiar dan pengasasnya David dan Rebecca Wilkison bersama beberapa rakan mereka menukar tempat ini menjadi satu destinasi eco-pelancongan yang bertaraf antarabangsa.
Taman dengan keluasan 8 ekar ini menjadi rumah kepada 500 jenis flora dan fauna pelbagai rupa. Jika anda teliti, logo tempat ini adalah bunga kantan sebuah rempah tempatan yang digunakan didalam masakan tempatan popular seperti laksa.
Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di sini adalah Garden Tour, Children Tour dan Nigh walks. Selain daripada itu mereka juga membuka tempat ini untuk acara team-building dan acara korporat.
Bayaran Masuk: Dewasa RM26 | Kanak-kanak RM15
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9:00am – 6:00pm)
Lokasi: Lot 595 Mukim 2, Jalan Teluk Bahang, 11050 Penang.

Penang Street Art


Penang Street Art


Sempena festival Georgetown, beberapa bangunan lama di bandar itu dihiasi dengan lukisan artist jalanan Ernest Zacharevic. Lukisan yang berbagai konsep ini dapat dilihat bukan di beberapa tempat sekitar Bandar Georgetown. Hasil karya beliau unik kerana ia menceritakan kisah hidup harian penghuni pulau tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

Peta Pulau Pinang

Aktiviti - Aktiviti Menarik di Pulau Pinang