Makanan Sedap di Pulau Pinang

1.Restoran Kapitan

Restoran Kapitan terkenal dengan Nasi Briyani Claypot dan Nasi Briyani Tandoori. Kedua-dua nasi briyani ini mempunyai rasa yang tersendiri. Nasi briyani ayam claypot terdapat daun pudina dan yogurt campuran sayur dan kuah kari. Manakala, nasi briyani ayam tandoori terdapat sambal hijau, sambal merah, kuah dal dan juga campuran bawang serta limau. Nak tahu kesedapan nasi briyani di sini? Beranikanlah diri untuk mencuba dan anda pasti tidak akan menyesal. Selain itu, anda juga boleh cuba roti naan cheese tandoori dan air susu badam yang merupakan minuman signature di restoran ini.





Alamat: George Town 18-G-D, Menara Gurney, 18, Persiaran Gurney, 10250, Malaysia
Nombor Telefon: +60 4-228 0711
Waktu Operasi: 24 Jam
Info: Restoran Kapitan

2. Hameed Pata Mee Goreng

Hameed Pata Mee Goreng ialah antara tempat yang menyediakan mee goreng yang sedap di Pulau Pinang. Mee Goreng Sotong ialah antara menu istimewa di sini dan dihidangkan dalam portion yang banyak. Mee digoreng dan digaul dengan perencah asli Hameed Pata. Sambal sotongnya rasa pedas dan sedikit manis. Kepada sesiapa yang tak tahan pedas bolehlah add-on ais kacang atau coconut shake.





Alamat: Kota Selera Padang Kota Lama (Fort Cornwallis Food Court), Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, 10200 Georgetown, Penang
Nombor Telefon: +60 13-431 9384
Waktu Operasi: 11:30 pagi – 8:00 malam (Ahad Tutup)
Info: Hameed Pata Mee Goreng

3. Pasembur Stall 09

Di Gurney Drive Hawker Centre terkenal dengan pasemburnya yang paling famous dan diberi nama “Pasembur Menari”. Kenapa menari? Sebab pasembur dihidangkan oleh pemilik gerai yang memotong pasembur sambil menari. Anda pasti akan terhibur. Terdapat pelbagai pilihan campuran pasembur seperti udang goreng, fishball, fishcake, isi ketam, sosej, tempe dan banyak lagi. Ditambah pula dengan kuahnya yang pedas-pedas manis bersama hirisan timun dan sengkuang. Wow memang terbaik!





Alamat: Gerai no. 9, Anjung Gurney
Waktu Operasi: 4.00 petang – 12.00 malam
Info: Pasembur Stall 09


Sumber: http://my.travelmalaysia.me/10-tempat-makan-sedap-di-pulau-pinang/

Comments

Popular posts from this blog

Peta Pulau Pinang

Aktiviti - Aktiviti Menarik di Pulau Pinang

Tempat - Tempat Menarik di Pulau Pinang